Lepas sahaje berakhir musim liga bolasepak utama Eropah, peminat bolasepak disajikan lagi dengan aksi antarabangse. Nampaknye, memang tak habis tengok bola tahun ini. Dan ramai lelaki akan bangun lewat untuk pergi kerja (bagi mereka yang kerja sahaja) kerana demam bola, termasuklah bapak aku.

Bagi mereka yang minat EPL, mintak mahap kerana England tidak berjaya melayakkan diri ke kejohanan kali ini, namun begitu anda boleh juga melihat bintang-bintang EPL bermain di kejohanan kali ini. Yang minat Liverpool boleh tengok Torres, Alonso bermain untuk Sepanyol. Peminat United boleh tengok Ronaldo dan Nani dalam pasukan Portugal dan kepada peminat Chelsea, Malouda dan Makelele dalam skuad Perancis.

Disebabkan kesemua perlawanan berlangsung pada tengah malam atau awal pagi, aku pasti ramai yang tak dapat nak tahan godaan bantal juga katil. Maka di sini, adalah disertakan laman-laman web yang boleh kau orang rujuk untuk melihat skor atau keputusan terkini sekiranya di opis ade internet.

LIVESCORE-Memang sumber rujukan bagi kaki bola kat tempat aku.

http://livescore.com/euro.dll?page=home

FOOTBALL365.com

http://euro2008.football365.com/football/euro2008/index

Official site for UEFA Euro 2008

http://www.euro2008.uefa.com/

Bagi semua kaki bola, pastikan anda mengkuti perkembangan terkini Euro 2008, kerana djangka akan berlaku kejutan dari pasukan-pasukan underdog. Aku tak sokong mane-mane pasukan kerana aku peminat Argentina. Argentina mane boleh masuk Euro.

Sebaik sahaje aku poskan topik ini, ade rakan yang tanye di mana boleh donlot klip-klip perlawanan yang dah lepas. Di sini aku sertakan link ke laman tersebut, dan kepada mereka yang ade duit lebih, boleh lah membeli akaun rapidshare untuk kepuasan donlot sejati.

http://tvseries-download.blogspot.com/2008/06/euro-2008.html

Selamat menonton semua..hehe

Mungkin ramai lagi yang belum pernah mendengar nama Katie Melua. Namun bagi mereka yang pernah mendengar nama dan lagu beliau pasti setuju yang lagu-lagu beliau memang boleh di sambung kan secara direct ke hati kuciwa anda..dan bait-bait liriknya amat puitis skali walaupon ak syahdu mendengar lagu-lagu beliau, aku amat menyukainya. Mungkin kerana musiknya yang amat soothing ala Norah Jones atau vokal nya yang gemersik itu yang membuatkan ak “high” sebentar dan lupa segala kekuciwaan aku.

Dulu, lagu seperti ini memang tidak mendapat tempat dalam barisan lagu-lagu “playlist” aku yang didominasi lagu-lagu rock klasik melayu dan antarabangsa. Tapi, biasalah, bila kecewa, lagu-lagu seperti lebih dihargai kerana ada kaitan dengan pengalaman yang baru lepas aku lalui. Lagu yang betul-betul menyentuh kalbu aku ialah trek yang bertajuk “The Closest Thing to Crazy”. Memang layan abis. Dan digalakkan anda membace liriknya sekali.

How can I think I’m standing strong ?
Yet feel the air beneath my feet.
How can happiness feel so wrong ?
How can misery feel so sweet ?

How can you let me watch you sleep ?
Then break my dreams the way you do.
How can I have got in so deep ?
Why did I fall in love with you ?

(Chorus)
This is the closest thing to crazy
I have ever been.
Feeling twenty-two, acting seventeen.
This is the nearest thing to crazy
I have ever known.
I was never crazy on my own.
And now I know
That there’s a link between the two,
Being close to craziness, and being close to you

How can you make me fall apart ?
Then break my fall with loving lies.
It’s so easy to break a heart,
It’s so easy to close your eyes.

How can you treat me like a child ?
Yet like a child I yearn for you.
How can anyone feel so wild ?
How can anyone feel so blue ?

(Chorus)

P/s : Al-Quran jualah pengubat hati kuciwa, jadi, lepas dengar lagu, kalau sudah masuk waktu solat, solat dan kemudian baca al-quran..hehe

Untuk post pertama ini, biarlah aku memperkenalkan diri supaya mereka yang kisah, tahu identiti penulis blog yang tidaklah seberapa best ini. Nama aku ialah Luqman Hakim bin Mohari, ya, nama bapak aku memang pelik sedikit dan senang untuk diingat kerana dia berketurunan Jawa. Tapi aku bukan 100% Jawa kerana mak aku pula berketurunan Melayu. Jadi bolehlah dikatakan aku ini anak hibrid atau kacuk, tapi percayalah anak kacuk Jawa-Melayu tidaklah se”hot” anak-anak kacukan Melayu-Inggeris atau lain-lain campuran.

Aku seorang graduan (tapi belum konvo) yang baru sahaja menamatkan pengajian di USM di dalam bidang yang aku sendiri pun tidak tahu sama ada aku minat atau sekadar ingin keluar dengan segulung ijazah tak kisahlah dalam bidang apa pun. Tapi, itu biarlah takdir yang menentukan..Pendek kata, aku menulis blog ini atas dasar minat dan juga galakkan dari rakan bloggers juga iaitu saudara Mael, dalam pada masa yang sama mahu mengubat hati yang terluka dengan menulis..haha. Salam

P/S: Saya budak baru belajar, kalau salah jangan gelakkan